Lama bersawang dah blog saya ni..huhu..
Alhamdulillah berkat semangat dari kawan-kawan di M2B, naik juga semangat nak teruskan berblog ni..Better late than never..Cewah nak cover line pulak kan..hehe.
Sekarang jerawat sy tengah bermegah-megah kat bahagian tepi pipi.Dua-dua belah pulak tu. Kalau la kekasih hati dunia akhirat saya balik dari Sabah ni tengok, mesti bebelannya panjang..hehehe.. Ampun wahai sayangku.. Ku usahakan utk menghapuskannya walaupun masih boleh disorok disebalik tudung, tapi mata ni sakit je tgk..tangan pn gatal je nak pegang. Haaa..yg ni jangan tiru ok!! Nanti makin melarat jerawat tu
Jadinya apa yg saya buat sekarang?
1) Detoks dengan Alfalfa - Detox ni penting untuk pastikan usus kita bersih dari sebarang kekotoran yang boleh mengurangkan penyerapan vitamin-vitamin yang kita amek nanti. Alfalfa ni sekarang saya ambil 5 biji pagi selepas sarapan dan 5 biji malam sebelum tidur. Air saya akan pastikan cukup 3liter. Air penting untuk pastikan proses detoks boleh berjaya.
2) Zinc Complex - Saya ambil sebiji zinc complex sebelum sarapan untuk keringkan jerawat.
Buat masa ni saya cuma amalkan dua produk ni je dulu untuk pulihkan muka saya. InsyaAllah hanya untuk masa seminggu ni saja saya amalkan. Selepas seminggu saya akan ambil semula vitamin-vitamin lain untuk pemulihan lanjutan.
3) Pencuci Enfuselle dan Enfuselle purifying Toner
4) Masker dan scrub Alfalfa+Vitamin C+Homemade Bedak sejuk - haa yg ni special sikit. Mak mertua bekalkan bedak sejuk yang dia buat secara sendiri dari beras dan jambu batu. Sayanggg giler la kat mak mertua saya ni.. hehehe..rajin melayan menantu extra rajin dia ni..hehhe
Buat masa ni, baru 2hari saya amalkan..kita lihat hasilnya nanti. Buat masa ni saya juga sedang memantau seorang customer saya yg mengalami masalah yg lebih kurang sama. Harap-harap kami sama-sama dapat hasil yang positif. InsyaAllah..ramai yang dah berjaya dengan cara ini. Kami pun bolehh =)
Nanti saya update progress masalah jerawat saya ni ok
With lurve,
~riena~

No comments:
Post a Comment